Al-Quran yang kami edarkan adalah Al-Quran “Resm-i Osmani” yang telah mendapat pengiktirafan dari Jabatan Urusan Agama Islam Turki beserta Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Sama-sama kita teruskan perjuangan kita di dalam menghidupkan semula generasi Al-Quran melalui Kempen Dunia Membaca Al-Quran.
Atas faktor itu, kami Hayrat Relief Malaysia dengan kerjasama Yayasan Hayrat di Turki, telah memulakan kempen DUNIA MEMBACA AL-QURAN dengan impian menyebarkan Al-Quran ke seluruh dunia yang sangat memerlukan terutamanya kawasan pedalaman Afrika dengan komuniti minoriti Islam.
Matlamat kami adalah untuk menyebarkan 80,000 naskhah Al-Quran kepada saudara-saudara Muslim kita di sana melalui Kempen DUNIA MEMBACA AL-QURAN ini dengan harapan bagi melahirkan lebih ramai generasi Huffaz Al-Quran dan menyebarkan Islam di kawasan minoriti Islam di sana.
Alhamdulillah, sehingga hari ini, kami telah menghantar lebih 30 ribu naskhah Al-Quran di beberapa negara terutamanya di Afrika, Nigeria, Sudan, Niger, Togo, Ghana, Somalia, Kenya, Bosnia-Hervegonia, Utara Macedonia dan Albania dan masih berterusan sehingga kini.
Walaupun kehidupan rata-rata masyarakat Tanzania adalah serba da’if, ini tidak menjadi penghalang buat mereka untuk terus gigih menuntut ilmu Allah SWT.
Misi Hayrat Relief Malaysia di Tanzania kini berakhir pada episod kali ini. Pelbagai bantuan telah disalurkan kepada masyarakat Tanzania yang memerlukan di dalam bentuk pemberian naskah al-Quran, pakej makanan asas dan pembukaan wakaf telaga buat penduduk setempat. Terima kasih buat warga Malaysia yang telah sama-sama membantu Team Hayrat Relief Malaysia untuk merealisasikan misi ini.
Rakyat di Tanzania masih lagi mengharapkan ummah di seluruh dunia, terutamanya di Malaysia untuk menghulurkan tangan dan membantu mereka meringkan beban kehidupan.
Jadilah sebahagian daripada ummah hari ini bersama kami di Hayat Relief Malaysia.
Alhamdulillah pada November 2021, Hayrat Relief Malaysia telah menghantar sejumlah 32,400 naskhah al-Quran dan 32,400 naskhah Iqra’ (satu kontena) ke benua Afrika.
Semua ini adalah berkat doa dan bantuan Rakyat Malaysia yang tidak putus-putus memberi sumbangan kepada kami. Tanpa kalian amat sukar untuk kami menggerakkan agenda dakwah yang mulia ini.
Pihak kami sangat berterima kasih kepada seluruh Rakyat Malaysia khususnya para penyumbang yang dermawan.
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat serta menginfakkan sebahagian daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau terbuka dengan mengharapkan (daripada amalan yang demikian) sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian.”— [Fathir:29]
Kaedah Sumbangan Melalui Mesin Deposit Tunai
Penama | PERTUBUHAN PEMIKIRAN BADIUZZAMAN DAN RISALAH AN-NUR |
---|---|
No. Akaun | 564490469187 |
Dunia yang lebih baik dicipta dengan sentuhan empati dari hati ke hati. Itulah sebahagian daripada tanggungjawab kami di Hayrat Malaysia; sebuah NGO diuruskan oleh golongan belia yang mengekspresikan semangat dan minat mereka melalui aktiviti kesukarelawanan dan keusahawanan.