Dunia Membaca
Al-Quran

Dunia Membaca Al-Quran

Dunia Membaca Quran

RM10,290 of RM200,000 raised
RM
Personal Info

Terms

Donation Total: RM100.00

Kaedah Sumbangan Melalui Mesin Deposit Tunai

  • Anda mesti memasukkan emel pemikirannurmalaysia@gmail.com di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
  • Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai melalui khidmat pesanan Whatsapp kami
 
PenamaPERTUBUHAN PEMIKIRAN BADIUZZAMAN DAN RISALAH AN-NUR
No. Akaun564490469187

Projek Dunia Membaca
Al-Quran

Projek Dunia Membaca Al – Quran dan Wakaf Telaga Ummah di Tanzania di mana kami mengedarkan sebanyak 32, 400 naskah Al-Quran dan membuka 7 telaga air.

Ini adalah hasil dari sumbangan Rakyat Malaysia dan kerjasama dari pihak Hayrat Humanitarian Aid, PRIHATINS Malaysia dan Mapim Wilayah Persekutuan.

Diharapkan dengan kolaborasi bersama ini dapat terus membantu perkembangan Islam di bumi Tanzania dan mengembangkan ekonomi Islam di sana.

Firman Allah SWT:

إِنَّ الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّـهِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا
وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَّن تَبُورَ

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat serta menginfakkan sebahagian daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau terbuka dengan mengharapkan (daripada amalan yang demikian) sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian.”[Fathir:29]

Pengenalan

Pada awal tahun 2000, terdapat kira-kira 30 juta penganut Kristian di kawasan Asia Tengah dan Afrika. Namun kini, jumlah penganut Kristian telah hampir mencecah 700 juta.

Salah satu sebabnya ialah kerja dakwah Islam di sana masih belum cukup kuat dan hubungan antara negara Islam masih lemah. Di sesetengah negara di dunia ini, masih ramai lagi saudara Muslim kita masih belum mempunyai Al-Quran. Mereka cuba menjadi penghafaz Al-Quran (Hafiz) hanya dengan beberapa buah Al-Quran yang hanya boleh didapati di masjid dan sekolah. Allah, betapa sukarnya keadaan mereka untuk menjadi Hafiz.

Di beberapa desa dan kota yang kami kunjungi, Allahuakbar, mereka tiada Al-Quran.

Mereka cuba membaca dan menghafal Al-Quran di atas pasir, kadang-kadang mereka tulis di pinggan yang mereka sebut ”luh”. Di beberapa kampung, mereka membaca dan menghafal Al-Quran dengan satu-satunya salinan yang ditinggalkan oleh nenek moyang mereka. Allah.

Pendekatan Kami

Atas faktor itu, kami Hayrat Relief Malaysia dengan kerjasama Yayasan Hayrat di Turki, telah memulakan kempen DUNIA MEMBACA AL-QURAN dengan impian menyebarkan Al-Quran ke seluruh dunia yang sangat memerlukan terutamanya kawasan pedalaman Afrika dengan komuniti minoriti Islam.

Matlamat kami adalah untuk menyebarkan 1,000,000 naskhah Al-Quran kepada saudara-saudara Muslim kita di sana melalui Kempen DUNIA MEMBACA AL-QURAN ini dengan harapan bagi melahirkan lebih ramai generasi Huffaz Al-Quran dan menyebarkan Islam di kawasan minoriti Islam di sana.

Alhamdulillah, sehingga hari ini, kami telah menghantar lebih 300 ribu naskhah Al-Quran di beberapa negara terutamanya di Afrika, Nigeria, Sudan, Niger, Togo, Ghana, Somalia, Kenya, Bosnia-Hervegonia, Utara Macedonia dan Albania dan masih berterusan sehingga kini.

Perkembangan Terkini

Alhamdulillah pada November 2021, Hayrat Relief Malaysia telah menghantar sejumlah 32,400 naskhah al-Quran dan 32,400 naskhah Iqra’ (satu kontena) ke benua Afrika.

Semua ini adalah berkat doa dan bantuan Rakyat Malaysia yang tidak putus-putus memberi sumbangan kepada kami. Tanpa kalian amat sukar untuk kami menggerakkan agenda dakwah yang mulia ini.

Pihak kami sangat berterima kasih kepada seluruh Rakyat Malaysia khususnya para penyumbang yang dermawan.

Kami mensasarkan sebanyak RM200,000 (Dua ratus Ribu Ringgit) untuk diserahkan kepada saudara muslim di seluruh dunia.

Dunia Membaca Al-Quran

Al-Quran yang kami edarkan adalah Al-Quran “Resm-i Osmani” yang telah mendapat pengiktirafan dari Jabatan Urusan Agama Islam Turki beserta Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Sama-sama kita teruskan perjuangan kita di dalam menghidupkan semula generasi Al-Quran melalui Kempen Dunia Membaca Al-Quran.

RM10,290 of RM200,000 raised

Dunia Membaca Quran

RM10,290 of RM200,000 raised
RM
Personal Info

Terms

Donation Total: RM100.00

Pendekatan Kami

Dunia yang lebih baik dicipta dengan sentuhan empati dari hati ke hati. Itulah sebahagian daripada tanggungjawab kami di Hayrat Malaysia; sebuah NGO diuruskan oleh golongan belia yang mengekspresikan semangat dan minat mereka melalui aktiviti kesukarelawanan dan keusahawanan.

Hayrat Relief Malaysia

No. 8-1, Prima Samudra
Jalan Samudra Utara 11
Taman Samudra
68100 Batu Caves, Selangor