Hayrat Malaysia Origin
Hayrat Relief Malaysia merupakan wakil bagi Yayasan Hayrat Turki di Malaysia dan banyak kerjasama dijalankan bersama NGO dan Institusi di seluruh Malaysia.

Kami Bekerja Sama Untuk Menyediakan Kehidupan Yang Lebih Baik kepada Ummah

Hayrat Malaysia merupakan sebuah organisasi yang didaftarkan di bawah ROS Malaysia dengan nama Pertubuhan Pemikiran Badiuzzaman dan Risalah An-Nur. Hayrat Malaysia juga dinaungi oleh Yayasan Hayrat, Turki. Di samping itu,  Hayrat Malaysia didedikasikan untuk aktiviti bantuan kemanusiaan, perpaduan, budaya, pendidikan dan kesihatan di dalam dan di luar negara.

 

Hayrat Malaysia telah menyalurkan khidmat dan bantuan kepada jutaan umat manusia. Misi kami bukan sahaja untuk memberikan bantuan dalam bentuk material semata-mata, tetapi  juga untuk menghangatkan hati dan jiwa mereka.

Who founded Hayrat Relief Malaysia

Ditubuhkan sejak September 2012, Hayrat Malaysia (sebelum ini dikenali sebagai Pertubuhan Pemikiran Badiuzzaman dan Risalah An-Nur) didedikasikan untuk aktiviti bantuan kemanusiaan, perpaduan, budaya, pendidikan dan kesihatan di dalam dan di luar negara.

 

Hayrat Malaysia telah menyalurkan khidmat dan bantuan kepada jutaan umat manusia. Misi kami bukan sahaja untuk memberikan bantuan dalam bentuk material semata-mata, tetapi  juga untuk menghangatkan hati dan jiwa mereka.
 

 

 

Hayrat Malaysia memfokuskan untuk menyebarkan :
  • Firman Allah,
  • Risalah Keimanan,
  • Quran, serta
  • Tamadun dan Budaya Islam. 

Hayrat Malaysia menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan seperti kuliah, wacana, seminar dan penyelidikan mengenai  Risalah An-Nur secara khusus, serta berkaitan agama Islam yang syumul. Kami juga menjalankan aktiviti penerbitan buku dan Al-Quran Tawafuq.

Aktiviti-aktiviti kemanusiaan juga dijalankan dalam pelbagai kluster yang dijalankan oleh Hayrat Relief Malaysia. Ramai yang telah menerima manfaat daripada aktiviti yang dijalankan hasil sokongan dan dorongan daripada rakyat Malaysia.

Misi Hayrat

Organisasi yang berpaksikan perlaksanaan projek pembangunan berimpak tinggi menerusi agenda bantuan pendidikan, kesihatan, kemanusiaan, khidmat masyarakat, dan modal insan. Prinsip kami ialah “Dunia Berubah Dengan Kebaikan”.

Visi Hayrat

Menjadi NGO Kebajikan Pilihan Rakyat Malaysia menjelang tahun 2025.

Partnership

Supporters

Merve Safa Kavakçı

Turkish Ambassador to Malaysia

Av. Ali Kurt

Secretary General The Union of NGOs of the Islamic World (UNIW) 

Hakkı Aygun

President Hayrat Humanitarian Aid

 

Prof Dr Musa Ahmad

Mantan Naib Canselor USIM

Ustaz Bachtiar Nasir

Setiausaha Jeneral Majelis Intelektual dan Ulama Muda Indonesia (MIUMI)

Prof Rahmah Binti Ahmad H. Osman

Professor of IIUM

Prof Thameem Ushama

Dean INSTAC

Halil Ibrahim Karadaş

Manager Internatıonal Corporate Red Cresent Turkey

Prof Madya Dr Noornajihan Ja’afar

Prof Madya at USIM

Mehmet Güllüoğlu

Turkish Ambassador to Tanzania

 

Hayrat Relief Malaysia

No. 8-1, Prima Samudra
Jalan Samudra Utara 11
Taman Samudra
68100 Batu Caves, Selangor